Thursday, 14 July 2016


Selamat Tengah Hari Semua... <3

Cik Casa nak mula bercerita mengenai "Kayu". Kayu ini ada pelbagai nama & jenis. Antara nama-nama kayu: Jati, Merbau, Bengkaire, Kamper, Meranti, Durian, Karet, Akasia & banyak lagi. Kebanyakan kayu ini digunakan dalam pembuatan barangan kapal, pembinaan, & kelengkapan rumah.

Namun, Cik Casa ketika ini & saat ini hanya ingin menceritakan mengenai Kayu Jati. Cik Jati ini memang dikenali dalam pembuatan segala kategori. Nama ilmiah Cik Jati ni "Tectona Grandis" (haaa... pelik tak pelik, tergeliat lidah Cik Casa nak sebut).  ^^ Nak senang orang Putih panggil Teak.

Pohon Jati ini boleh mencapai ketinggian hingga 30 ke 40 meter. Pohon Jati dianggap antara kayu paling banyak serat & mempunyai tekstur paling indah. (contoh seperti gambar di bawah) Cantik kan urat Kayu Jati ni... Permukaan kayu jati memiliki zat serupa minyak hingga membuatkan kayu tersebut nampak indah licin tanpa harus di vanish.



Characteristic Kayu Jati ini sangat stabil, kuat & tahan lama.  Kayu Jati dikatakan antara salah satu pohon yang paling peka dengan perubahan cuaca. Selain itu, kayu jati selalu dipilih sebagai kayu dalam pembuatan segala kategori termasuk perabot rumah kerana memiliki ketahanan luar biasa terhadap api & tidak mudah terbakar. Sebabnya Cik Jati ini memiliki kulit yang tebal. (kalau kulit badan kita ni mesti yang nipis, lembut je kan..lari & terpesong nak bandingkan pun...heheh)  

Macam Cik Casa nyatakan tadi, kayu jati ini ada minyak, selain menampakkan kecantikan Cik Jati itu sendiri, ia digunakan sebagai keselamatan dari serangga. Disebabkan itu, kebanyakan peralatan kapal & bagunan menggunakan kayu Jati walaupun harganya agak mahal kerana nak mengelakkan kerosakan oleh seranggan yang kecik-kecik tu.. Kecik tapi merosakkan ya... 

Disebabkan terdapat keunikan tersendiri kayu Jati ini, ramai yang menjadikan nya komersial & lebih mudah digunakan oleh semua. Dengan cara bagaimana? Caranya membuat Perabot Rumah. Terdapat usahawan di Malaysia ini sudah lama menjalankan perabot daripada kayu Jati. Pengalaman menggunakan perabot Jati pasti memberikan aura & cerita tersendiri.

Apa lagi ya Cik Casa nak ceritakan tenang Cik Jati ini? Rasanya sudah cukup.... nanti bila Cik Casa ada informasi lain, Cik Casa akan update kemudian. Cik Casa teringin nak buat rumah kampung tinggi style dulu-dulu tu guna Kayu Jati tanpa paku... hanya pahat sahaja. sebab kayu jati tiada lubang di dalam kayunya seperti kayu-kayu lain. Oleh itu, kebanyakan barangan dari Jati tidak menggunakan paku tetapi hanya gam kayu. Harapan la ya...entah bila.




Baiklah, ok sampai di sini sahaja cerita dari Cik Casa. Nantikan post & cerita dari Cik Casa selepas ini. Terima Kasih.... Bye2 Cik Casa nak berbuai dengan buaian kayu Jati ni dulu... :)


No comments:

Post a Comment