Friday, 15 July 2016

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua.


Pada kali ini Cik Casa ingin berkongsi beberapa tips yang berguna untuk penjagaan perabot anda.
Cik Casa berharap tips - tips ini boleh digunapakai supaya dapat mengembalikan seri pada perabot anda.


1. Menggunakan kain lembab

Tips yang pertama bagi menghilangkan debu pada rangka perabot anda boleh mencucinya dengan kain lembab seminggu sekali. Jika rangka perabot anda jenis kayu jati, alternative lain ialah dengan menggunakan minyak kayu murni dan dilap beberapa bulan sekali untuk mengembalikan serinya.

2. Gunakan perahan lemon

Jika anda ingin melihat perubahan yang ketara dan lebih efektif, anda boleh membersihkan perabot
kayu dengan 10 titik lemon yang dicampur satu suku minyak mineral dan lap dengan kain lembut.

3. Gunakan air panas dan sabun cuci pinggan

Untuk membersihkan perabot kayu seperti meja kayu atau rak kayu, cukup menggunakan air panas
dan sabun cuci pinggan. Membersihkan perabot dengan air tidak akan merosak perabot, tapi kita tetap harus berhati-hati untuk tidak merendamnya. Lap kotoran dengan kain lembut sampai bersih.
Kemudian keringkan dengan lap menggunakan kain lembut.

4. Gunakan polish kayu perabot

Polish pada perabot kayu. Tunggu lima minit dan mengilap menggunakan span lembut. Tunggu 30 - 60 minit, Kemudian menggilap semula. Kita akan melihat perabot itu akan bersinar kembali.

5. Jauhkan perabot kita dari sinar matahari.

Suhu matahari musim panas yang datang melalui langsir boleh menyebabkan kerosakan pada perabot kayu itu. Sinar matahari dapat memudarkan dan menghancurkan perabot tersebut dari semasa ke
semasa.

6. Jangan menempatkan perabot kayu berdekatan dengan unit pemanasan atau ventilasi.

Panas yang kering akan menyebabkan kayu kering dan menyusut, dan juga meninggalkan retakan.
Jadi, jangan letakkan furniture kayu di dekat unit pemanasan dan ventilasi.



Selamat Mencuba!!!!!

No comments:

Post a Comment