Friday, 22 July 2016
Assalamualaikum & Salam Jumaat semua.
Rindu Cik Casa nak menulis... Hari ini hari Jumaat, Penghulu segala Hari. Hari dimana kaum Adam yang beragama Islam diseru untuk menunaikan Solat Jumaat. Moga ada yang tidak tertidur bila mendengar khutubah Jumaat ya. ;)
Hari ini Cik Casa nak kongi beberapa tips dengan anda semua. Tips ini tentang bagaimana memilih perabot dari bahan kayu Jati. Kenapa Cik Casa ni asyik sebut tentang Kayu jati ya... Sebabnya Kayu Jati adalah Penghulu Kayu antara banyak-banyak kayu. Macam D'herbs Penghulu Segala Produk. Jumaat Penghulu Segala Hari. Nampak semua ada Penghulu. ^_^
Sebelum Cik Casa senaraikan Tips Memilih Perabot Jati, Cik Casa nak remind semua pembaca blog Cik Casa tentang Kayu Jati ini. Cik Casa ada menulis tentang asal usul Kayu Jati. Sila baca disini ya.. http://mycasaimpian.blogspot.my/
Tips Memilih Perabot dari Kayu Jati:
1) Kayu Jati dari Kayu Jati yang Tua
Pilih perabot Jati sememanya tahan lama. Namun, ketika anda membuat pemilihan, tanyakan dahulu di kedai tersebut sama ada mereka menggunakan kayu Jati tua atau muda. Ini kerana, Kayu Jati Tua lebih kuat struktur kayunya berbanding dengan kayu Jati tua.
2) Perabot Jati halus ketika disentuh
Anda harus perhatikan warna furnishing (kemasan) perabot tersebut. Perabot Jati yang berkualiti mestilah yang rata warnanya, furnishing (kemasan) berlapis tebal untuk menutup pori kayu jati & halus ketika disentuh.
3) Perhatikan pola serat kayu di perabot Jati
Jika anda berpeluang untuk melihat Perabot Jati sebelum di Vanish atau di Furnish, anda dapat memerhatikan pola serat kayu yang digunakan. Perabot Jati yang berkualiti mempunyai Serat Kayunya lebih lurus & halus bukan berbintik.
4) Pilih Perabot Jati yang diimport dari Jepara, Indonesia
Hal ini kerana, Perabot Jati yang diimport dari Jepara, Indonesia terjamin kualiti & mutunya di peringkat International. Jepara sememangnya terkenal dengan pembuatan perabot rumah yang menggunakan Kayu Jati berkelas tinggi.
5) Jaminan dari Kedai Perabot Jati
Semasa anda membeli di kedai perabot, minta jaminan dengan kedai yang mempunyai bukti sebagai pengimport perabot kayu.
Moga tips ini bermanfaat untuk anda. Bye2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment