Friday, 15 July 2016


Selamat Petang Semua

Petang-petang sebegini Cik Casa teringin nak bercerita tentang tradisi kita sebagai orang Melayu bukan nak kata bangsa Melayu sahaja, rasanya bangsa lain juga ada tradisi ini. Dari dulu lagi tradisi minum petang ni ada dalam kehidupan harian kita tetapi sekarang dah kurang sikit la nak adanya. Sebab apa ya? Sebab sekarang ibu bapa sibuk dengan kerja dan jarang sampai rumah awal. Mesti terkandas di Jalan. Maksudnya traffic jam la tu..... Dush Dush Dush!!!

Kalau nenek kita dahulu mesti ada kuih-muih waktu petang & minuman panas. Kalau tak kuih pun biskut kering petak Cap Hap Seng dengan Teh O Panas pun jadi la ya buat cicah sambil berbual. Masa ini la cucu berlari ke sana sini main di laman. hehehe.. Sebenarnya Cik Casa rindu dengan kampung walau baru je balik sambut Raya hari tu. Tapi cerita Cik Casa ni macam general je ya. Tak.. Cik Casa nak kaitkan dengan perabot yang diberi nama sebagai TERAS.

Teras ni adalah dua buah kerusi yang ditengahnya ada Meja Kecil, kalau besar pun tak la besar sangat... Dengan Teras ni kita boleh letak di balkoni rumah bagi rumah tinggi, letak di sudut ruang tamu yang mempunyai ruang yang kecil.. jadi taklah terbiar je ruang tu kan... Naik sikit seri ruang tamu kita. Bila dah ada teras ni, kita pun boleh duduk berbual di laman atau balkoni sambil hirup teh... sedapnya.. Ini perabot paling ringkas kalau nak ramai-ramai kat luar rumah tu buat Gazebo ya a.k.a Pondok. 




Baiklah, sampai sini sahaja cerita Cik Casa... Cik Casa nak hirup Teh O Panas dulu dengan Pisang Goreng. ^^  Jemput Minum semua... Bye2.

No comments:

Post a Comment