Monday, 8 August 2016

JATIMAS Moving Out SALE!!!  6-14 Ogos 2016

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua!!!!

Morning-morning. Cik Casa kali ini nak kongsi news yang Cik Casa baru jumpa. Ada satu kedai perabot Melayu yang sekarang sedang mengadakan MOVING OUT SALE. Nama kedai Perabot ini ialah JATIMAS. Moving Out Sale telah pun berlangsung dari 6hb Ogos 2016. Masuk hari ini telah 4 hari berlangsung. Jatimas Moving Out Sale ini memberikan potongan harga kesemua kategori perabot dari aksesori hingga kelengkapan rumah dengan potongan sehingga 70%. Memang Harga Runtuh yang jatuh tersembam macam gugurnya Durian dari pokok. heheheheh  ^_^


Sebelum itu, mari tahu serba sedikit tentang Kedai Perabot JATIMAS ini... check it out!!! Jatimas ini sebuah company yang berdaftar & telah pun beroperasi selama 16 tahun dalam industri perabot. Jatimas pernah diiktiraf oleh Malaysian Book Of Record sebagai The Largest Teakwood Furniture Distributor in Malaysia pada 2005. Setiap perabot yang dijual di JATIMAS ini diperbuat dari Kayu Jati yang sering digunakan dalam pembuatan perabot & pembinaan bangunan/rumah.

Tentang kualiti perabot di JATIMAS, anda usah risau kerana jika mereka kata dari KAYU JATI, maka memang betul dari kayu Jati 100% tanpa campuran. Buktinya, badan yang bertanggungjawab & bertauliah telah pun membuat pemeriksaan verifikasi kayu untuk perabot Jatimas. Ada sijil sebagai buktinya. Tergantung di kedai Jatimas. ;)

Sememangnya kalau perabot rumah dari kayu jati adalah mahal terutamanya di Malaysia ini jika dibandingkan di Jepara Indonesia yang semamangnya terkenal sebagai pembuat barangan Jati. Oleh itu, dengan adanya peluang semasa MOVING OUT SALE dari JATIMAS ini, anda dapat membeli perabot jati idaman anda yang mungkin selama ini hanya boleh dipandang sahaja.  huhuhuhu  T_T


















Ada banyak sangat perabot. Gambar di atas adalah sebahagian darinya. Kunjungi kedai perabot Jatimas yang berada di No.181, Jalan Besar Selayang Indah, 68100 Batu Caves, Selangor. No. WhatsApp/call/sms ke  017-2473851 atau 03-61388199. Waktu operasi dari Isnin-Ahad iaitu dari pukul 9pagi hingga 7petang. Boleh kunjungi Facebook Jatimas. 

Bye2. Wassalam...  <3

Friday, 22 July 2016


Assalamualaikum & Salam Jumaat semua.

Rindu Cik Casa nak menulis... Hari ini hari Jumaat, Penghulu segala Hari. Hari dimana kaum Adam yang beragama Islam diseru untuk menunaikan Solat Jumaat. Moga ada yang tidak tertidur bila mendengar khutubah Jumaat ya. ;)

Hari ini Cik Casa nak kongi beberapa tips dengan anda semua. Tips ini tentang bagaimana memilih perabot dari bahan kayu Jati. Kenapa Cik Casa ni asyik sebut tentang Kayu jati ya... Sebabnya Kayu Jati adalah Penghulu Kayu antara banyak-banyak kayu. Macam D'herbs Penghulu Segala Produk. Jumaat Penghulu Segala Hari. Nampak semua ada Penghulu. ^_^

Sebelum Cik Casa senaraikan Tips Memilih Perabot Jati, Cik Casa nak remind semua pembaca blog Cik Casa tentang Kayu Jati ini. Cik Casa ada menulis tentang asal usul Kayu Jati. Sila baca disini ya..   http://mycasaimpian.blogspot.my/


Tips Memilih Perabot dari Kayu Jati:

1) Kayu Jati dari Kayu Jati yang Tua

Pilih perabot Jati sememanya tahan lama. Namun, ketika anda membuat pemilihan, tanyakan dahulu di kedai tersebut sama ada mereka menggunakan kayu Jati tua atau muda. Ini kerana, Kayu Jati Tua lebih kuat struktur kayunya berbanding dengan kayu Jati tua.

2) Perabot Jati halus ketika disentuh

Anda harus perhatikan warna furnishing (kemasan) perabot tersebut. Perabot Jati yang berkualiti mestilah yang rata warnanya, furnishing (kemasan) berlapis tebal untuk menutup pori kayu jati & halus ketika disentuh.

3) Perhatikan pola serat kayu di perabot Jati

Jika anda berpeluang untuk melihat Perabot Jati sebelum di Vanish atau di Furnish, anda dapat memerhatikan pola serat kayu yang digunakan. Perabot Jati yang berkualiti mempunyai Serat Kayunya lebih lurus & halus bukan berbintik.

4) Pilih Perabot Jati yang diimport dari Jepara, Indonesia

Hal ini kerana, Perabot Jati yang diimport dari Jepara, Indonesia terjamin kualiti & mutunya di peringkat International. Jepara sememangnya terkenal dengan pembuatan perabot rumah yang menggunakan Kayu Jati berkelas tinggi.

5) Jaminan dari Kedai Perabot Jati

Semasa anda membeli di kedai perabot, minta jaminan dengan kedai yang mempunyai bukti sebagai pengimport perabot kayu. 

Moga tips ini bermanfaat untuk anda. Bye2



Friday, 15 July 2016

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua.


Pada kali ini Cik Casa ingin berkongsi beberapa tips yang berguna untuk penjagaan perabot anda.
Cik Casa berharap tips - tips ini boleh digunapakai supaya dapat mengembalikan seri pada perabot anda.


1. Menggunakan kain lembab

Tips yang pertama bagi menghilangkan debu pada rangka perabot anda boleh mencucinya dengan kain lembab seminggu sekali. Jika rangka perabot anda jenis kayu jati, alternative lain ialah dengan menggunakan minyak kayu murni dan dilap beberapa bulan sekali untuk mengembalikan serinya.

2. Gunakan perahan lemon

Jika anda ingin melihat perubahan yang ketara dan lebih efektif, anda boleh membersihkan perabot
kayu dengan 10 titik lemon yang dicampur satu suku minyak mineral dan lap dengan kain lembut.

3. Gunakan air panas dan sabun cuci pinggan

Untuk membersihkan perabot kayu seperti meja kayu atau rak kayu, cukup menggunakan air panas
dan sabun cuci pinggan. Membersihkan perabot dengan air tidak akan merosak perabot, tapi kita tetap harus berhati-hati untuk tidak merendamnya. Lap kotoran dengan kain lembut sampai bersih.
Kemudian keringkan dengan lap menggunakan kain lembut.

4. Gunakan polish kayu perabot

Polish pada perabot kayu. Tunggu lima minit dan mengilap menggunakan span lembut. Tunggu 30 - 60 minit, Kemudian menggilap semula. Kita akan melihat perabot itu akan bersinar kembali.

5. Jauhkan perabot kita dari sinar matahari.

Suhu matahari musim panas yang datang melalui langsir boleh menyebabkan kerosakan pada perabot kayu itu. Sinar matahari dapat memudarkan dan menghancurkan perabot tersebut dari semasa ke
semasa.

6. Jangan menempatkan perabot kayu berdekatan dengan unit pemanasan atau ventilasi.

Panas yang kering akan menyebabkan kayu kering dan menyusut, dan juga meninggalkan retakan.
Jadi, jangan letakkan furniture kayu di dekat unit pemanasan dan ventilasi.



Selamat Mencuba!!!!!

Selamat Petang Semua

Petang-petang sebegini Cik Casa teringin nak bercerita tentang tradisi kita sebagai orang Melayu bukan nak kata bangsa Melayu sahaja, rasanya bangsa lain juga ada tradisi ini. Dari dulu lagi tradisi minum petang ni ada dalam kehidupan harian kita tetapi sekarang dah kurang sikit la nak adanya. Sebab apa ya? Sebab sekarang ibu bapa sibuk dengan kerja dan jarang sampai rumah awal. Mesti terkandas di Jalan. Maksudnya traffic jam la tu..... Dush Dush Dush!!!

Kalau nenek kita dahulu mesti ada kuih-muih waktu petang & minuman panas. Kalau tak kuih pun biskut kering petak Cap Hap Seng dengan Teh O Panas pun jadi la ya buat cicah sambil berbual. Masa ini la cucu berlari ke sana sini main di laman. hehehe.. Sebenarnya Cik Casa rindu dengan kampung walau baru je balik sambut Raya hari tu. Tapi cerita Cik Casa ni macam general je ya. Tak.. Cik Casa nak kaitkan dengan perabot yang diberi nama sebagai TERAS.

Teras ni adalah dua buah kerusi yang ditengahnya ada Meja Kecil, kalau besar pun tak la besar sangat... Dengan Teras ni kita boleh letak di balkoni rumah bagi rumah tinggi, letak di sudut ruang tamu yang mempunyai ruang yang kecil.. jadi taklah terbiar je ruang tu kan... Naik sikit seri ruang tamu kita. Bila dah ada teras ni, kita pun boleh duduk berbual di laman atau balkoni sambil hirup teh... sedapnya.. Ini perabot paling ringkas kalau nak ramai-ramai kat luar rumah tu buat Gazebo ya a.k.a Pondok. 




Baiklah, sampai sini sahaja cerita Cik Casa... Cik Casa nak hirup Teh O Panas dulu dengan Pisang Goreng. ^^  Jemput Minum semua... Bye2.

Thursday, 14 July 2016


Selamat Tengah Hari Semua... <3

Cik Casa nak mula bercerita mengenai "Kayu". Kayu ini ada pelbagai nama & jenis. Antara nama-nama kayu: Jati, Merbau, Bengkaire, Kamper, Meranti, Durian, Karet, Akasia & banyak lagi. Kebanyakan kayu ini digunakan dalam pembuatan barangan kapal, pembinaan, & kelengkapan rumah.

Namun, Cik Casa ketika ini & saat ini hanya ingin menceritakan mengenai Kayu Jati. Cik Jati ini memang dikenali dalam pembuatan segala kategori. Nama ilmiah Cik Jati ni "Tectona Grandis" (haaa... pelik tak pelik, tergeliat lidah Cik Casa nak sebut).  ^^ Nak senang orang Putih panggil Teak.

Pohon Jati ini boleh mencapai ketinggian hingga 30 ke 40 meter. Pohon Jati dianggap antara kayu paling banyak serat & mempunyai tekstur paling indah. (contoh seperti gambar di bawah) Cantik kan urat Kayu Jati ni... Permukaan kayu jati memiliki zat serupa minyak hingga membuatkan kayu tersebut nampak indah licin tanpa harus di vanish.



Characteristic Kayu Jati ini sangat stabil, kuat & tahan lama.  Kayu Jati dikatakan antara salah satu pohon yang paling peka dengan perubahan cuaca. Selain itu, kayu jati selalu dipilih sebagai kayu dalam pembuatan segala kategori termasuk perabot rumah kerana memiliki ketahanan luar biasa terhadap api & tidak mudah terbakar. Sebabnya Cik Jati ini memiliki kulit yang tebal. (kalau kulit badan kita ni mesti yang nipis, lembut je kan..lari & terpesong nak bandingkan pun...heheh)  

Macam Cik Casa nyatakan tadi, kayu jati ini ada minyak, selain menampakkan kecantikan Cik Jati itu sendiri, ia digunakan sebagai keselamatan dari serangga. Disebabkan itu, kebanyakan peralatan kapal & bagunan menggunakan kayu Jati walaupun harganya agak mahal kerana nak mengelakkan kerosakan oleh seranggan yang kecik-kecik tu.. Kecik tapi merosakkan ya... 

Disebabkan terdapat keunikan tersendiri kayu Jati ini, ramai yang menjadikan nya komersial & lebih mudah digunakan oleh semua. Dengan cara bagaimana? Caranya membuat Perabot Rumah. Terdapat usahawan di Malaysia ini sudah lama menjalankan perabot daripada kayu Jati. Pengalaman menggunakan perabot Jati pasti memberikan aura & cerita tersendiri.

Apa lagi ya Cik Casa nak ceritakan tenang Cik Jati ini? Rasanya sudah cukup.... nanti bila Cik Casa ada informasi lain, Cik Casa akan update kemudian. Cik Casa teringin nak buat rumah kampung tinggi style dulu-dulu tu guna Kayu Jati tanpa paku... hanya pahat sahaja. sebab kayu jati tiada lubang di dalam kayunya seperti kayu-kayu lain. Oleh itu, kebanyakan barangan dari Jati tidak menggunakan paku tetapi hanya gam kayu. Harapan la ya...entah bila.




Baiklah, ok sampai di sini sahaja cerita dari Cik Casa. Nantikan post & cerita dari Cik Casa selepas ini. Terima Kasih.... Bye2 Cik Casa nak berbuai dengan buaian kayu Jati ni dulu... :)


Wednesday, 13 July 2016


Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua...... 

Nampak tak salam tu berwarna-warni warna hurufnya?? Itu tandanya yang Cik Casa hari ini rasa sangat positif & bersemangat. Iayalah kan..Cik Casa nak perkenalkan diri Cik Casa ni. Nanti yang baca blog ni tertanya-tanya blog ini tentang apa...siapa... kan?

Cik Casa baru nak start berblogging ni sebab atas minat Cik Casa dengan Decoration, Accessories, Layout & membeli/melihat (banyak lihat dari beli...hehehehe) perabot. Di Blog ini, Cik Casa akan menulis beberapa cerita mengenai perabot disertakan dengan Tips, Informasi, News, Trends, Tutorial & segalanya. (harap-harap Cik Casa mampu....huhuhu).

Oleh itu, Cik Casa harap anda semua diluar sana memberikan sokongan kepada Cik Casa untu terus menulis ya. Sila terus ikuti blog Cik Casa & kongsikan blog Cik Casa ini di SNS anda seperti Facebook, Instagram, blog, pintrest, google+ & lain-lain.

Di sini Cik Casa sertakan email Cik Casa:  casaimpian16@gmail.com
Address Blog Cik Casa (tolong share2 ya - Terima Kasih):   http://mycasaimpian.blogspot.my/